Description
Katalog Pameran Terokai Hantu: Misteri dan Budaya ini mengetengahkan fenomena kuno dan sejagat yang tertanam di dalam jiwa manusia berhubung dengan hantu. Pameran ini menampilkan kajian yang bersifat sejarah dan kontemporari tentang amalan budaya rakyat yang berhubung dengan hantu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga pada peringkat serantau, malahan ke peringkat antarabangsa. Kami percaya semua pengetahuan perlu dicatatkan dengan saksama untuk masa kini dan juga masa hadapan terutama mengingatkan kaitannya dengan perubahan ekonomi dan sosio-budaya yang semakin bertambah besar.
Pameran ini memudahkan akses kajian ilmiah tambahan disediakan dalam konteks artifak dalam bidang etnologi, agama, sejarah, bahasa, geografi dan budaya popular. Cabaran terbesar Pameran Terokai Hantu: Misteri dan Budaya ialah memperlihatkan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh yang demikian, bagi memudahkan pemahaman, berbagai-bagai bahan kebudayaan yang luar biasa dikumpul dan disusun dalam tema yang khas.
Tema yang dikemukakan adalah tentang penilaian konsep silang budaya yang berkaitan dengan hantu termasuk cerita hantu, sejarah dan hubungannya dengan kepercayaan keagamaan di Malaysia. Hantu hantu yang direkodkan disusun mengikut kategori: hantu terunggul, hantu penghisap darah, hantu kubur hantu lapar, dan hantu suruhan, sama ada yang bebas mahupun yang dikawal. Tumpuan juga diberikan kepada pola tingkah laku hantu, diikuti analisis langkah-langkah menghalau dan menghindari hantu. Hubungan di antara manusia dan hantu diteroka dengan lebih jauh melalui kajian hubungan antara kedua duanya serta bagaimana manusia menjadi hantu.
Persoalan lain yang turut diterokai ialah hubungan di antara hantu dan habitat semula jadi termasuklah antara dunia hantu, dunia haiwan dan dunia tumbuh-tumbuhan. Akhirnya tidak ketinggalan dikemukakan juga tempat-tempat berhantu dan penggunaan bahasa khusus tentang hantu dan hubungan kedua-duanya, hal yang sering diperkatakan orang.
Pameran Terokai Hantu: Misteri dan Budaya membawa mereka yang berminat dalam bidang ini mengenali perbendaharaan tradisi lisan, adat kuno, kepercayaan agama dan budaya popular yang unik. Adalah diharapkan Pameran Terokai Hantu: Misteri dan Budaya akan merangsang kajian yang lebih lanjut dalam bidang ini yang melalui lipatan masa menjadi semakin sukar difahami. Usaha ini juga diharap berjaya membawa kesedaran yang mendalam tentang persoalan pertukaran kebudayaan dan amalannya yang terdapat di Malaysia dan negara-negara maju yang lain.
The Exploring Ghosts Exhibition: Mystery and Culture Catalogue highlights an ancient and universal phenomenon deeply embedded in the human psyche associated with ghost. The exhibition presents historical as well as contemporary research on the folklore and cultural practices associated with ghosts not only in Malaysia but also in the neighbouring region and of the wider world. We believe that all knowledge should be recorded impartially for the present and the future use as socio-culture and economic changes rapidly.
The exhibition made scholarly research readily accessible for it provides an artefactual context in the fields of ethnology, religion, history, linguistics, geography as well as popular culture. The biggest challenge of Exploring Ghosts Exhibition: Mystery and Culture was how to make the invisible 'visible' Thus, in view of the topic, an extraordinary range of cultural material has been collected and arranged thematically to facilitate understanding.
These themes examine cross-cultural concepts of ghosts which includes ghosts stories and its history in conjunction with the religions and beliefs in Malaysia. Documented ghosts were arranged in categories the great ghost splints, vampire, graveyard ghosts and ghosts helpers, both free spirits and spirit familiars. Special focus was also given to the behavioural patterns of ghosts, followed by the analysis of methods of expelling and guarding oneself against ghosts and evil spirits.
The relation between humankind and ghosts was further explored by examining marital and commercial links between the two including how human beings become ghosts. Other themes which were also explored were the relationship between ghosts, their natural habitats and the association of the ghosts realm with the animal realm as well as with the flora fauna realm. Also included were information on the haunted sites and the language usage regarding ghosts and its relationship, which have been actively discussed by folklores.
Exploring Ghosts Exhibition: Mystery and Culture gave chances to those who are interested in this field to be acquainted with the archives of oral traditions, ancient customs, religious meanings and unique popular cultures: it as hoped that Exploring Ghosts Exhibition: Mystery and Culture will stimulate further research in this field where the content is becoming more elusive with the passage of time. It is also hoped that this effort will advance a greater awareness of the inter-cultural exchange of beliefs and practices not only in Malaysia but also in other countries.