Description
Terlalu sakit rasanya bila cinta ini terpaksa dikuburkan hanya kerana tidak direstui, kasihku. Terlalu pedih hatiku tatkala diri harus akur pada janji yang telah dipateri... semata-mata kerana kita tidak berdaya. Mencintaimu membuatkan aku terasa sempurna dan terlalu bahagia. Cintamu terlalu indah mengisi kantung hatiku ini, Is.... terlalu manis saat bersamamu. Namun ia hanya sebentar cuma. Datang dan pergi... tanpa + aku relakan... Hakikatnya kita tidak tercipta untuk bersama. Takdir-menemukan tetapi jodoh telah memisahkan cinta kasih kita... Biarlah kasih... biarlah ia tidak berkembang kerana aku tahu, kau tercipta bukan untukku....ISBN: 9789833686056