Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150
Buy this product to earn 18 Coins

Kaunselling dalam Bidang Kesihatan

By: Norhayati Ibrahim

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM27.90

1 in stock

Description

Buku ini memberikan fokus terhadap kaunseling untuk mereka yang terlibat dengan profesion kesihatan. Skop penulisan menjurus kepada peranan pakar dalam bidang kesihatan untuk melengkapkan diri dengan kemahiran kaunseling supaya perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit menjadi lebih efektif dan menyeluruh. Selain memperkenalkan tentang kaunseling, kaedah dan teknik, penekanan tentang teori-teori yang berkait dengan bidang kaunseling turut dihuraikan.Buku ini merupakan sebuah rujukan tentang teknik asas kemahiran komunikasi dalam kaunseling bagi profesion kesihatan. Buku ini membantu para pengamal perubatan dan juga pelajar jurusan sains kesihatan untuk mengetahui teori penyampaian kaunseling dengan berkesan semasa membuat sesi rawatan kepada pesakit atau klien. Sehingga kini, rujukan berkaitan teknik kaunseling yang menjurus kepada kerjaya dalam bidang kesihatan awam masih terhad di pasaran.Maklumat yang dipaparkan menjurus kepada proses menolong klien dengan menggunakan kemahiran kaunseling, khususnya dalam penjagaan kesihatan. Inovasi terhadap teknik dorongan kendiri atau motivational interviewing merupakan kekuatan yang dapat membuktikan bahawa teknik komunikasi yang berkesan antara ahli terapi dengan klien sebenarnya mampu membentuk kepatuhan rawatan yang berkesan dalam pemulihan tahap kesihatan klien. Fakta yang disampaikan juga adalah berdasarkan kajian saintifik tentang teknik komunikasi kaunseling secara berkesan dalam membantu klien.

Additional information

Weight 304 g
Dimensions 216 × 138 × 13 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789834907549