Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 14 Coins

Kelantan: Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Mundur

By: Hassan Harun

Book Condition: Good
Click here to learn more about Book Conditions

RM21.90

Out of stock

Description

Rakyat Kelantan terkenal sebagai unik dan dinamik. Ke mana kita pergi kita akan kedengaran komen dan pandangan terhadap orang Kelantan, sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak, atau di London, Belfast, Carbondale, Los Angeles, Christchurch ataupun Adelaide. Sama juga di Medan, Mekah, Madinah, Mesir, Amman ataupun Aligarh.
Orang Kelantan terlalu kedaerahan: kalau terdapat 3 orang keturunan India, mereka akan tubuh kesatuan sekerja; orang Kelantan pula akan tubuh perkampungan Kelantan; mereka berpuak-puak dan berklik; jumpa sahaja sesama mereka terus bercakap Kelantan, bahasa mereka; mereka tidak boleh tinggalkan budu, kicap mereka. Mereka warak tetapi samseng, atau samseng tetapi warak, mereka tidak 'miss' menjadi juara tilawah Al-Quran tetapi mereka juga penyanyi pop dan dangdut yang cemerlang. Wanita Kelantan sungguh menawan dan profesional, mereka serba boleh, mereka doktor, profesor, orang besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, guru, usahawan, ratu dan GRO.
Orang Kelantan dominan di kampus-kampus dan tidak kurang ramai di Lorong Hj. Taib. Mereka cemerlang, yang paling ramai berhijrah; paling ramai menganggur; negeri termiskin; antara tertinggi insiden perceraian dan pengidap HIV; mereka memimpin dunia korporat Melayu, mereka menerajui agensi utama kerajaan dan swasta. Mereka cukup pandai, sama ada dalam pelajaran ataupun perniagaan. Mereka tekun dan rajin. Komen dan pandangan ini semuanya ada kebenaran, lebih kurang. Ia sungguh berimbang tetapi membingungkan.
Enigma atau keanehan orang Kelantan adalah suatu lagenda, menarik dan memukau seperti Lagenda Langkawi yang menggoda pelancong luar dan dalam Di Kelantan Mursyidul Am menghukum bahawa orang perempuan tidak boleh berkerja malam, mesti membuat bayaran ketika membeli belah melalui lorong wanita, mesti sentiasa pakai tudung, yang cantik jangan bekerja tunggu saja orang kaya cari untuk buat bini. Tetapi di hotel, lapangan terbang, pejabat-pejabat, bazar, dalam pasar Siti Khadijah atau pasar malam, masih ada juga yang cantik dan menawan.
Yang muda, yang merayau, lepak dan bohsia merata-rata di Kota Bharu dan pekan-pekan besar lain. Mereka tidak bertudung tetapi berjean dan berbaju-T.
Rakyat Kelantan memang unik. Mereka tetap mencorak dan mewarnai lanskap politik, sosial dan ekonomi Kelantan. Mereka semacam orang Irish atau Scottish, sungguh bebas pendirian (fiercely independent) tetapi tetap bercakaran sesama sendiri di tempat sendiri, namun bersatu di tempat orang.
Dalam politik orang Kelantan sungguh bebas; mereka boleh mengubah dan tetap mengubah suasana politik bila-bila masa saja. Dari UMNO ke PAS, ke Kerajaan Campuran, ke PAS, ke UMNO, ke APU dan ke PAS dan selepas ini ke APA?

Additional information

Weight 757 g
Dimensions 298 × 211 × 17 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN KELANTANRAKYA