Description
Kerana keluarga, Azam Zikry dan Hanis Aqilah disatukan. Di awal perkahwinan, cinta tidak pernah bertandang dalam hati mereka berdua, terutama sekali Azam Zikry. Namun, kalau dah sering kali bersua muka, hati siapa yang tidak terjentik rasa?โWalaupun kita tak pernah kenal dan tak pernah bercinta, Hanis nak abang terima Hanis seadanya.โ
Keajaiban cinta berlaku antara Azam Zikry dan Hanis Aqilah. Daripada benci, ada cinta mula berputik. Daripada menyampah, menjadi sayang yang amat. Namun, ada ribut yang melanda rumah tangga mereka. Sarah muncul menuntut hak. Amir Fikry juga mahukan kembali haknya. Manakala Haikal, masih tidak sudah-sudah menangih kasih. Hati, semuanya dipenuhi kemarau.
Adakah kebahagiaan yang baru dibina Azam Zikry dan Hanis Aqilah bakal menemui titik noktah ataupun sebaliknya? Apakah Sarah dan Amir Fikry, berjaya mendapatkan kembali hak mereka? ISBN:9789673651177