Description
Isu kemiskinan merupakan suatu fenomena yang sudah wujud sejak bermulanya sejarah kehidupan manusia. Buku ini membicarakan tentang pandangan Islam terhadap masalah kemiskinan serta jalan penyelesaiannya. Ia membincangkan soal hak-hak penjagaan orang miskin, menjamin keperluan mereka serta melindungi maruah mereka di bawah naungan syariah Islam.
Qaradawi membicarakan bagaimana pendekatan Islam dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan soal-soal kehidupan, manusia, usaha, harta, individu dan masyarakat. Ianya berbeza secara keseluruhannya dengan teori para pemikir dan pengkaji yang terbatas kemampuannya.
Diharapkan buku ini dapat memberi kefahaman kepada para pembaca bahawa hanya sistem Islam sahajalah yang boleh menyembuhkan penyakit dalam masyarakat sampai ke akar umbinya. ISBN:KEMISKINANDAN