Description
Kata orang, hutang emas boleh dibayar, namun boleh jadi terlalu banyak yang belum dibayar atau tak juga mungkin terbayar. Hutang budi dibawa mati, sebab saya rasa, tak ada di antara mereka yang telah berbuat baik itu, mengharapkan balasannya di dunia yang fana ini. Mereka melakukannya dengan ikhlas, dengan hati suci, kerana menolong sesama hambanya, maka Allah jualah yang Maha Tahu, kerana DIA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Pengampun, Amiin!
Di saat PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) menginjakkan kaki pada usianya 25 tahun, sebelum orang PAS merenung dan merenung dirinya, saya mendahului selangkah untuk memanjatkan syukur kehadirat Ilahi Rabbi, sambil berdoa semoga Allah Yarham Ustaz Haji Ahmad Fuad Hasan, Allah Yarham Ustaz Zulkifli Muhammad, Allahyarham Ustaz Doktor Burhanuddin Elhulaimy dan para pemuka PAS serta para ahli Pas yang telah mendahului kita, ditempatkan Allah pada tempat yang sewajamya, se- suai dengan segala amal kebajikan yang telah diperbuatnya untuk PAS, untuk umat Islam, untuk bangsa dan nusantara kita seluruhnya, Amiin Ya Rabbal Alamin!