Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *

Kerana Terpaksa Aku Relakan

By: Umie Nadzimah

Book Condition: Good
Click here to learn more about Book Conditions

RM17.90 RM15.22

1 in stock

Description

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

โ€œKalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?โ€- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksaโ€ฆ

โ€œErr . . .  Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?โ€ โ€“ Indah Halina

โ€œKenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?โ€ โ€“ Tajul Razin 

ISBN:9789670246277

Additional information

Weight 624 g
Dimensions 186 × 115 × 41 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789670246277