Below RM130 - 10% off
Above RM130 - 15% off
Above RM180 - 20% off

Kerangka

By: Mohd Hazizi Ab Rahman

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM15.90 RM14.31

1 in stock

Description

Lima sebab anda perlu memiliki buku KERANGKA tulisan Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman:

1. Menerangkan kepada anda, secara asas, mengenai proses pembentukan dan perubahan sikap dan tingkah laku, berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh Allah Taala dalam al-Quran, bertepatan dengan kejadian manusia. Proses ini dengan sendirinya memberikan jawapan mengenai punca sesuatu sikap dan pendirian diambil oleh seseorang, serta membantu anda untuk memahami pemikiran dan tingkah laku manusia dengan lebih jelas dan mudah.

2. Memetakan tiga persoalan penting dalam kehidupan seseorang manusia, dalam kerangka Islam. Tiga persoalan universal itu ialah matlamat, jalan untuk mencapai matlamat dan perjuangan menempuh segala cabaran dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Menguasai peta ini dengan sendirinya memberikan anda jawapan kepada persoalan fenomena pertembungan sesama manusia di atas muka bumi ini sejak ia diciptakan sehingga ke hari ini.

3. Mengupas persoalan jihad, sebagai satu kefardhuan syarak dan keperluan survival umat, dari tahap pelaksanaan individu sehinggalah ke peringkat realiti perjuangan kenegaraan dalam suasana pluralisme politik di negara ini. Kupasan ini secara tidak langsung menjawab tohmahan Barat bahawa Islam agama keganasan, serta menempelak sikap apologetik sesetengah pemuka masyarakat Islam.

4. Menghuraikan hakikat ibadah yang sahih dan syumul, serta memberikan panduan mengenai urutan keutamaan ibadah dalam pelbagai situasi yang berbeza. Huraian ini dengan sendirinya menunjukkan cara untuk menjadikan setiap inci kehidupan anda sebagai satu ibadah dan detik-detik yang begitu berharga, menurut nilai dunia dan akhirat.

5. Memberikan anda ufuk pandangan yang luas dan jitu mengenai konsep visi dan misi dalam Islam, konsep menguasai dunia untuk membeli akhirat serta sudut pandang yang baharu mengenai konsep niat dan kaitannya dengan kegemilangan umat zaman silam. ISBN:9789671031513

Additional information

Weight 293 g
Dimensions 228 × 153 × 11 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789671031513