Description
TAMPAK jelas menyilau, para pemimpin Umno terus melanyak PAS di "kandang orang salah" sekalipun keputusan Pilihanraya Umum 95 terlalu memihak kepadanya. Selepas pilihanraya lalu, juak-juak Umno menghamburkan tuduhan dan membuntingkan segala label memburukkan PAS di tengah-tengah public opinion bagi motif yang belum real tapi mudah tampak.
Malah keseriusannya ada, mereka sanggup membohongi tawarikh dengan merekacipta fakta palsu kononnya penubuhan PAS diredhai oleh penjajah British lalu membuat kesimpulan bodoh, PAS adalah time bom penjajah kafir itu.