Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150
Buy this product to earn 18 Coins

Kisah-Kisah Haiwan Orang Asli

By: Lim Boo Liat

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM29.90

1 in stock

Description

Orang Asli - penduduk asal Semenanjung Malaysia secara semula jadinya merupakan pakar dalam mengkaji halwan dan tumbuh-tumbuhan alam ini. Mereka bukan sahaja mengenali struktur perlakuan sosial bagi kebanyakan kumpulan binatang ini malah, amat bijak dalam mereka cerita rakyat yang berkisar tentang perlakuan haiwan-haiwan ini.

Sebagai contoh para pembaca akan dapat mengetahui bagaimana Badak Tenuk yang ganas ditempatkan dalam susunan komuniti haiwan-haiwan hutan ini. Atau, mengapa Kubang yang hanya terbang pada waktu malam, menyembunyikan ekornya. Atau, bagaimana Kongkang yang menyalahgunakan kedudukan yang diamanahkan, menyebabkan matanya dipenuhi perasaan malu.

Setiap satu cerita turut mempunyai moral yang berguna untuk direnungkan. Manusia sebagai mamalia yang amat rumit dan sukar untuk difahami, masih dapat mempelajari satu atau dua faedah daripada cerita-cerita haiwan hutan ini.

Setiap cerita turut disokong dengan nota-nota saintifik yang kukuh. Ini menunjukkan kepentingan pemerhatian tajam Orang Asli dalam struktur tubuh atau sifat kelakuan yang penting bagi binatang-binatang ini.

Kesemua 26 kisah yang diceritakan oleh Orang Asli Temuan ini telah lama menjadi unsur penting dalam adat istiadat dan budaya pusaka mereka. Kini ia dipersembahkan dalam bentuk media cetak sebagai sumbangan penting kepada warisan budaya nasional. ISBN 9834004273

Additional information

Weight 333 g
Dimensions 196 × 151 × 15 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9834004273