Description
"Ibu, saya pernah dengar kisah sang kancil yang hebat Tidak silap saya, sang kancil itu yang menjadi punca nama Melaka tercipta. Benarkah? Tetapi, saya tidak tahu kisah sebenar yang berlaku. Saya tahu sedikit sahaja. Boleh ibu ceritakan kepada saya?"
"Ayah, bagaimana todak boleh menyerang Singapura?
Mengapa pula ikan todak menyerang manusia? Apa salah mereka? Saya tidak faham? Saya tidak sabar mahu tahu kisahnya."
"Abang, saya tidak setuju Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh. Hang Tuah baik dan gagah berani.
Tidak sepatutnya dia dihukum mati!"
"Kakak, siapakah Tun Teja hinggakan Hang Nadim beria-ia mahu melihat rupa paras Tun Teja? Kakak ceritalah kepada saya."
Terima kash semua. Saya suka mendengar dan menghayati cerita-cerita ini. Suatu hari nanti saya dapat ceritakan pula kepada rakan-rakan di sekolah.
Seronoknya! Mereka pasti terpegun mendengar cerita saya kerana hanya saya yang memiliki buku ini.
Kepada rakan-rakan di luar sana, ayuh miliki buku ini. Kanak-kanak seperti kita perlu tahu cerita sejarah nenek moyang kita. Tidak rugi menjadikan buku ini koleksi peribadi kita.