Description
Dunia sudah berubah. Menjelang abad ke-21 perubahan berlaku dengan sangat pantas. Kita memerlukan lebih ramai pemimpin untuk mengemudi dunia pada zaman VUCA. Landskap kepimpinan juga telah berubah. Kepimpinan tidak lagi dilihat oleh mereka yang mempunyai jawatan atau mereka yang berada di atas. Sebaliknya kepimpinan wujud di pelbagai peringkat dan setiap daripada kita boleh memainkan peranan.
Bagai bahtera yang sering dilambung badai, pemimpin perlu sentiasa mengemudi berdasarkan perubahan ombak yang sentiasa berlaku dalam menavigasi halatuju. Dalam kajian yang dijalankan oleh AON Hewitt tentang Top Companies for Leaders, mereka menggariskan tiga ciri utama organisasi yang berjaya dalam mengemudi dunia VUCA, Buku ini membincangkan mengapa kepimpinan penting dalam mengharungi dunia pada abad ke-21 dan mengupas dengan lebih lanjut bagaimana seorang pemimpin boleh menjadi lebih efektif dalam mencipta masa depan yang lebih baik. ISBN:9789671677513