Description
Tiada siapa yang tahu duka apakah yang tersimpan di sebalik keayuan dan kemanisan wajah itu.
Tiada siapa pun yang mengerti untuk apa dia terus memendam derita itu.
Tiada siapa pun yang dapat menduga betapa beratnya beban yang terpaksa ditanggung oleh jiwanya saat itu.
Namun itulah hakikat yang terpaksa didakapnya selepas semuanya diragut oleh insan yang amat disanjungnya selama ini.
Arini amat mencintai Hilmi. Razlan pula sanggup menunggu walau seribu tahun untuk mendapatkan secebis kasih daripada Arini . . .
Di manakah titik noktah kasih mereka?
ISBN: 9789838939225