Description
Benarkah cara berfikir dan tingkah laku antara lelaki dan perempuan itu sesungguhnya berbeza? Adakah benar lelaki bersikap lebih agresif, lebih tinggi rangsangan seksnya dan kurang romantis berbanding dengan perempuan? Adakah kenyataan yang mengatakan bahawa kini wanita hidup dalam dunia lelaki itu benar?
Buku ini sebenarnya bertujuan untuk mengenal pasti kepercayaan popular yang paling berpengaruh tentang tingkah laku lelaki dan perempuan yang tipikal. Kesimpulan daripada perbahasan yang dibentangkan memperlihatkan kepada kita sebenarnya kebanyakan perbezaan jantina yang dijelaskan oleh ahli biologi itu hampir tidak wujud.