Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 8 Coins

Luahan Perasaan Suami

By: Hasan Hj Mohd Ali

Book Condition: Good
Click here to learn more about Book Conditions

RM13.90

1 in stock

Description

Buku kecil Luahan Perasaan Suami ini adalah merupakan satu usaha awal untuk mempersembahkan ke pangkuan masyarakat beberapa fakta yang terbit daripada ahli utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap orang ahli keluarga. Buku ini merupakan salah satu daripada 4 siri buku yang diterbitkan oleh AKRAB yang mengupas mengenai citarasa, hati budi, cetusan perasaan dan bisikan kalbu ahli-ahli utama keluarga seperti suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak. Pemaparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dibuat. AKRAB mengambil langkah ini setelah ternyata pentingnya setiap ahli keluarga memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli-ahli keluarga yang telah hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang boleh dijadikan panduan di dalam melayarkan bahtera kehidupan untuk menuju ke pulau kejayaan.

Keempat-empat buku ini yang masing-masingnya bertajuk Luahan Perasaan Suami, Bisikan Hati Isteri, Harapan Ibu Bapa dan Keluhan Anak-Anak memaparkan isihati dan bisikan jiwa halus setiap ahli keluarga. Bisikan, luahan dan curahan perasaan ini dikumpul, disusun dan dipersembahkan oleh AKRAB hasil daripada beberapa siri sesi-sesi pendidikan keluarga yang dikendalikan oleh AKRAB hampir 10 tahun kebelakangan ini. ISBN:9789839841312

Additional information

Weight 220 g
Dimensions 216 × 150 × 10 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789839841312