Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 38 Coins

Mahathir (Ekonomi) Perang ‘Aqidah

By: Dinsman

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM59.90

1 in stock

Description

"Cara Anwar Ibrahim ditangkap adalah cara biadap," kata seorang Timbalan Ketua Umno Bahagian yang kini menjadi Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor. Tetapi tidak seorang pun pemimpin Umno bangkit menegur kebiadaban itu. Menunjukkan nilai yang pa- ling asas dalam diri manusia pun sudah tidak ada lagi dalam Umno.

Apa lagi yang ada dalam Umno sekarang? Apabila kepentingan Ekonomi mengatasi kepentingan 'Aqidah, pemimpin yang dipilih secara demokratik bertukar menjadi diktator, dan orang jahil jadi ulama.

Dr Mahathir batalkan hasratnya untuk bersara kerana dia anggap di Malaysia tidak ada orang yang layak untuk jadi Perdana Menteri, kecuali dia seorang sahaja. Orang lain semuanya bodoh dan tak layak belaka. Tidakkah itu satu penghinaan?

Orang seperti Anwar Ibrahim dikatakan "insan munafik". Orang seperti Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar bakal dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah, kerana jasa mereka menyelamatkan umat.
DINSMAN dulu seorang pengkagum Dr Mahathir. Setahun lalu dia menerbitkan buku Gawat Gagalnya Formula Mahathir, menyatakan berakhirnya era Mahathir yang dikaguminya. Buku ini pula menghuraikan era Ekonomi Mahathir banyak mengakibatkan kerosakan, hingga Umno hilang daya kepimpinan. Kini rakyat Malaysia memerlukan pimpinan yang memahami kepentingan aqidah.

Additional information

Weight 245 g
Dimensions 209 × 143 × 10 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN MAHATHIREKONO