Description
Pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 mencatatkan titik hitam dalam sejarah politik tanahair. Pertuduhan dan hukuman penjara selama 15 tahun yang dijatuhkan ke atas Anwar ternyata menimbulkan kegemparan besar di kalangan umat di pelbagai rantau dunia. Sejak awal, Anwar menegaskan bahawa segala pertuduhan adalah fitnah jijik dan wujudnya konspirasi politik peringkat tertinggi dalam UMNO dan Kerajaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Kemelut politik dan kegawatan ekonomi menyedarkan rakyat Malaysia untuk bangun dan menuntut keadilan dan reformasi dalam sistem kenegaraan.
Pada 18 Ogos 2005 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memperkukuhkan apa yang Anwar tegaskan dari awal iaitu ada konspirasi, ada niat jahat untuk memusnahkan reputasi dan nama baik serta kerjaya politiknya. Mahkamah juga mendapati Khalid Jafri dan pihak lain yang telah berkonspirasi dengannya telah mencapai tujuan jahat mereka.
Dokumen di tangan anda sekarang ini mendedahkan kenyataan Anwar berhubung peranan konspirator di kalangan nama-nama besar dalam UMNO dan Kerajaan yang terdesak untuk menjamin kelangsungan kuasa politik UMNO yang sarat dengan kebejatan dan kepalsuan.
Apakah peranan Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Dato Aziz Shamsuddin, Tan Sri Mohtar Abdullah, Tan Sri Rahim Noor, Dato' Abdul Gani Patail, Dato' Musa Hassan, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Khalid Jafri?
ISBN:MAHKAMAHSAHKA