Description
Hujan yang turun bagaikan mutiara, menyirami bumi dan membawa kesuburan bagi seluruh penghuninya. Setiap makhluk sentiasa menantikan kehadirannya. Bagi umat manusia yang bergelar khalifah di muka bumi ini, mereka mampu memperoleh sumber makanan samada melalui haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Makanan yang dihadam dan dicernakan oleh tubuh badan manusia mampu menjadi penawar atau sebaliknya.
Dengan kelebihan akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT. manusia mampu membezakan antara makanan sebagai penawar atau bisa. Islam melarang umatnya dari mengambil makanan yang mendatangkan keburukan pada tubuh badan.
Sebaliknya dianjurkan supaya mengambil makanan yang sihat dan seimbang untuk kesihatan. Ini kerana, akal yang sihat terletak pada tubuh yang sihat.
ISBN:983046315X