Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Mamat Sport Minah Tomboi

By: Iman Kyuhee

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM15.90 RM11.93

1 in stock

Description

Peristiwa menyepak kereta sport orang? Ain Faqihah tidak pernah lupa! Disebabkan peristiwa itulah, dia terlibat dengan seorang jejaka tampan tetapi amat menyakitkan hati. 

Mamat Sport yang sangat poyo! Itulah gelaran yang Ain Faqihah beri kepada Ammar. Dirinya sering berasa geram kerana mamat sport itu sangat menjengkelkan hati!

Ammar Falak. Siapa yang tidak kenal jejaka tampan sepertinya? Mempunyai ramai peminat, namun . . . dia tidak berminat! Dia hanya berminat mahu mempermainkan hati wanita. Semuanya gara-gara kekasih hati yang pergi meninggalkannya kerana mahu mengikut lelaki lain! 

Namun, selepas dia berjumpa dengan Ain Faqihah, minah tomboi yang sering muncul dalam hidupnya, dia selalu menjadi tidak keruan. Entah kenapa, dia suka mencari gaduh dengan gadis comel itu.

โ€œWell, berjumpa lagi kita ya?โ€
Dia terkedu. Mamat sport kelmarin!!!
โ€œHmm...โ€ balas Ain Faqihah, acuh tidak acuh.
โ€œKau ni sombong jugak kan?โ€
So what kalau aku ni sombong? Kau ada masalah ke kalau aku sombong dengan kau?

Tetapi, siapa sangka? Jodoh di tangan Allah . . . walau kita berusaha menolak, dia yang telah ditetapkan sebagai jodoh kita akan tetap buat kita. Namun, benarlah kata orang. Tak kenal, maka tak cinta!

โ€œAku rasa bertuah sangat sebab dapat kenal mamat sport tu. Dia caring, baik, selalu manjakan aku . . . dan yang paling penting sekali, dia sayangkan aku sampai tak boleh nak berpisah dengan aku.โ€ โ€“ Ain Faqihah

โ€œSiapa cakap sayang sebatang kara? Abang kan ada? Sayang ada abang di sisi sayang tak kira sayang susah atau senang. Sayang tak payah risau sebab abang tak akan tinggalkan sayang. I love you so much!โ€ โ€“ Ammar Falak

Dugaan datang menimpa! Juliana, bekas kekasih Ammar datang kembali demi meraih cinta Ammar kembali. Juga Haziq sebagai penghalang rumah tangga yang dibina oleh Ain Faqihah dan Ammar. Mampukah mereka berdua menangkis halangan demi halangan yang ditempuhi? 

Berjayakah mereka merebut kembali kebahagiaan yang dulu pernah dikecapi? 

 ISBN:9789673651689

Additional information

Weight 416 g
Dimensions 185 × 115 × 27 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789673651689