Description
Amma Baโdu, sebenar-benar ucapan adalah kalamullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk (Hadis) Rasulullah SAW seburuk-buruk perkara adalah mengada-ada, dan setiap yang mengada-ada adalah bidaah, setiap bidaah membawa kesesatan, setiap kesesatan menyeret pelakunya ke lembah neraka, amma baโdu.Ketahuilah, semoga Allah memberi rahmat-Nya kepada kamu dan kepadaku. Sesungguhnya seburuk-buruk kecintaan yang menyebabkan musuh mampu mengalahnya, sehingga dia dikuasai dan diikat sehingga dia menjadi permainan dan bahan ejekan sesuka hati musuhnya.
Salah satu musuh abadi keturunan Nabi Adam adalah Iblis dan merupakan sebuah kemenangan besar jika berhasil keluar dari perangkap Iblis, kerana permusuhan ini pula menyebabkan Iblis dikeluarkan dari Syurga. Jika syaitan mampu menggoda manusia, maka orang tersebut akan mendapat kerosakan dan bencana yang sangat besar dalam kehidupannya baik di dunia mahypun di akhirat kelak.
Syaitan mempunyai kiat dan cara tersendiri dalam menangkap buruannya. Kadang-kadang syaitan menggunakan perangkap berupa harta, wanita atau keluarga, bahkan tidak jarang syaitan menggunakan perangkap nafsu syahwat yang haram, seperti khamar, penzinaan dan lain-lain. Kadang-kadang syaitan menggunakan perangkap jawatan dan kedudukan, dan masih banyak lagi perangkap-perangkap yang digunakan syaitan dalam mengelabui umat Bani Adam.
ISBN:9789670398334