Description
MASIH ADA YANG SAYANG
Bagai aur dengan tebing, begitulah hakikat dalam kontak suami isteri terutamanya dalam menangani masalah atau sengketa yang melanda rumah tangga.
Sebelum minggat, mimpi buruk dalam lenanya semasa hujan lebat seolah-olah menahan pemergian bersama anak bongsunya. Namun Julimah tetap meneruskan niatnya agar ketiadaannya di rumah menjurus suaminya berfikir akan kesilapan dan kekasaran yang menggores hatinya. Dapatkah Jumadil Awali, lelaki berego tinggi mengubah sikap yang tidak disukai Julimah?
Mimpi buruk bertali arus bagaikan episod demi episod drama mengganggu minda dan perasaannya semasa dalam perjalanan ke Bandar Maharani. Ditambah pula dengan masalah dan kesukaran yang bertandang tanpa diduga dan diundangi. Akhirnya, Julimah dan anaknya pulang ke rumah setelah tidak bertemu dengan adiknya.
Ke mana Julimah dan anaknya selama tiga hari dan apa reaksi suaminya setelah mereka kembali?
ISBN: 9789971775292