Description
Membangun Bangsa meneroka cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bangsa Malaysia tentang semangat kebangsaan, persoalan demokrasi, kedaulatan undang-undang dan keadilan, wacana keagamaan, gagasan politik dan isu-isu getir semasa.
Pengarang bermula daripada pengalaman di Selangor sebagai gedung kuasa ekonomi negara dan potensinya sebagai sebuah entiti global. Peranan keadilan sosial didambakan tatkala Selangor dan Malaysia mara dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan kebudayaan.
Hubungan antara kaum, masyarakat dan agama juga dikupas berdasarkan falsafah kesederhanaan dan keadilan di bawah tema Islam sebagai rahmatan lil 'alamin.
ISBN:9789671406991