Description
Sepi tidak bermakna sepikerana pertapa tua
memang sentiasa bercium
dengan sepi
di atas batas-batas kehidupan
membilang usia-usia songsang
di lantai gua
yang tersusun panjang.
Nimoiz T.Y atau Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub berasal dari Kampung Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari KUITTHO (kini UTHM) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) dari UTM, Skudai. Antara buku- buku beliau yang telah diterbitkan ialah Jalan Baru (2006), Menjadi Penulis Jutawan (2007), Esprit de Corps (2008), Tukang Auta (2011), Republik Korupsi (2014), Sang Pelakon (2015), Jaguh Deklamasi (2015), Republik Eskapisme (2015), Nak Jadi Penulis Tak? (2016) dan Sang Editor & Pontianak Lelaki Terakhir (2016). Beliau banyak memenangi hadiah penulisan termasuklah pemenang puisi eceran HSPM 2006/2007, pemenang cerpen 2008/2009, Johan dan 2 eceran HSPM tempat saguhati Sayembara Puisi Perpaduan 2009, Johan Anugerah Penyair Alam Siber (2003, 2004, 2006), Pemenang Hadiah Peraduan Puisi Sains Karyanet 2004 dan Penerima Anugerah Penerbitan Alumni UTHM 2008. Puisinya "Mari Kita Cipta Alam Lestari" terpilih sebagai teks Kajian Kesusasteraan Melayu Moden SPM mulai tahun 2015.
ISBN:9789671391327