Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 18 Coins

Memperkasakan Usahawan

By: Wan Liz Ozman Wan Omar, Sulzari Mohamed

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM29.90

1 in stock

Description

MEMPERKASAKAN USAHAWAN merupakan satu-satunya buku keusahawanan dan pengurusan perniagaan dalam bahasa Melayu yang serba padat, komprehensif dan terkini. Buku ini membicarakan aspek-aspek keusahawanan dan pengurusan perniagaan secara bersepadu dan holistik bermula dari sudut personaliti dan motivasi individu usahawan hinggalah kepada perancangan, penubuhan, pentadbiran dan pengembangan perniagaan.

Keistimewaan buku ini ialah ia turut membincangkan isu-isu dan masalah- masalah yang dihadapi oleh usahawan bumiputera pada hari ini dalam mendepani dan mengurus cabaran getir alaf baru. Lanjutan daripada itu, buku ini turut mengemukakan rangka Pelan Strategik Pembangunan Usahawan Abad 21 ke arah memperkasakan dan memartabatkan usahawan bumiputera pada masa hadapan yang dapat memberi perspektif yang lebih luas kepada para pembaca mengenai gagasan kedua-dua penulis.
Buku ini turut mengandungi maklumat penting dan lengkap mengenai pel- bagai kemudahan dan bantuan perniagaan, fungsi-fungsi yang dimainkan oleh agensi-agensi sokongan perniagaan, skim-skim pembiayaan dan peluang- peluang perniagaan dalam bidang francais yang boleh dimanfaatkan oleh bakal usahawan yang sedia ada.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan asas dan bahan sokongan untuk modul program latihan dan kursus keusahawanan serta sebagai panduan lengkap kepada usahawan dan bakal usahawan, kontraktor, pembekal, pengilang, peruncit, pemborong, francaisi, pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah serta pegawai awam dan korporat yang terlibat dalam pembangunan usahawan di negara ini.

Sesungguhnya, kedua-dua penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang latihan dan khidmat nasihat keusahawanan ini telah berjaya menghasilkan buku yang sangat relevan, praktikal dan mantap bagi kegunaan semua individu yang berminat dan yang menceburi dunia keusahawanan.

Additional information

Weight 538 g
Dimensions 217 × 142 × 25 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789676112637