Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 6 Coins

Mencari Makna Diri Melayu: …Renungan untuk Bangsaku (Edisi Kedua)

By: Awang Sariyan

Book Condition: Like new
Click here to learn more about Book Conditions

RM9.90

1 in stock

Description

Buku kecil ini diterbitkan sebagai bahan renungan kepada bangsa Melayu yang menjadi bangsa teras di negara ini, bangsa yang sejumlah anggotanya telah mula alpa, lupa dan keliru dalam memahami makna dirinya. Akibat langsung daripada kelemahan itu ialah kekacauan dalam cara berfikir, dalam penentuan keputusan dan dalam pelaksanaan sesuatu, sehingga keadaan menjadi haru-biru, kelam-kabut dan kusut.

Istilah makna diri yang saya gunakan dalam buku ini seerti dengan istilah jati diri yang biasa digunakan sebagai padanan kata identity. Istilah tersebut berkali-kali saya dengar dalam kuliah Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas sejak saya menjadi mahasiswa Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973, dan tampaknya menimbulkan erti yang mendalam.

Meskipun kandungan buku kecil ini jauh daripada lengkap dalam pembahasan tentang makna diri Melayu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, saya harapkan bahawa sekelumit isu yang saya kemukakan dapat jua menjadi bahan renungan. Sebahagian besar kandungan dalam buku ini telah saya bicarakan dalam beberapa wacana (seminar, majalah dan laman web) dalam tempoh beberapa tahun belakangan ini, dan kini dalam menghadapi kemelut "Melayuโ€, saya himpunkan bahan-bahan itu dalam satu tema yang khusus, iaitu mencari makna diri Melayu.

Edisi pertama buku ini diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 2009 dan dalam edisi kedua ini saya tambahkan satu bab, iaitu Bab 6 yang mengupas bahaya sistem pendidikan dwibahasa kepada nasib bahasa Melayu. Terima kasih kepada Puan Kamsiah Mohamed, Puan Rosnani Mat Jihin dan Encik Abdul Ghani Abu serta pihak lain yang membantu penerbitan buku ini.
ISBN:MENCARIMAKNAD

Additional information

Weight 143 g
Dimensions 215 × 141 × 4 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN MENCARIMAKNAD