Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *

Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak

By: Abdullah Hassan, Ainon Mohd.

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM9.90 RM8.42

1 in stock

Description

Kanak-kanak tidak sepatutnya menunggu sehingga mereka masuk sekolah baru hendak diajar berfikir secara kreatif. Manusia tidak memerlukan huruf dan angka untuk berfikir dan mereka tidak wajib berada dalam bilik darjah sebelum pandai berfikir. Kanak-kanak yang belum pandai membaca dan menulis sebenarnya sudah pandai berfikir.Kanak-kanak yang sudah dilatih berfikir secara kreatif sejak kecil lagi akan membesar dengan daya kreativiti yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak. Semakin awal mereka didedahkan kepada latihan-latihan berfikir secara kreatif semakin ia menguntungkan mereka pada masa depan.Ibu bapa dan guru-guru prasekolah dapat menggunakan gambar-gambar dan lukisan sebagai alat bantu melatih kanak-kanak berfikir secara kreatif. Buku ini menerangkan kaedah mengajar kanak-kanak berfikir secara kreatif dan disertakan contoh-contoh bahan yang dapat dijadikan alat bantu pengajaran.Ainon Mohd. dan Prof. Abdullah Hassan banyak menulis buku-buku tentang kemahiran berfikir. Mereka juga terkenal sebagai pengasas "Program Semanggol" iaitu program asuhan psikologi kejayaan.

Additional information

Weight 144 g
Dimensions 215 × 140 × 6 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9799832311965