Description
A RUS kebangkitan Islam melanda di serata dunia, pengamalan Islam mulai kelihatan walau tidak secara menyeluruh. Masjid-masjid terutama di sekitar ibukota kelihatan 'hidup'. Ramai umat Islam terutama anak-anak muda memenuhi masjid-masjid untuk bersembahyang.
Kini umat Islam menyedari bahawa sembahyang itu adalah wajib. Oleh itu, telah ramai yang menunaikannya namun masih tidak mencapai kesempurnaan yang dikehendaki. Dan masih ada yang tidak menyedari betapa pentingnya kekhusyukan dalam sembahyang.
Orang yang bersembahyang dengan khusyuk akan melahirkan sifat-sifat positif pada dirinya. Sembahyang yang khusyuklah sebenarnya akan membuahkan akhlak. Sembahyang yang khusyuk akan melahirkan disiplin lahir dan batin. Apa yang penting sembahyang yang sempurna dan khusyuk akan melahirkan sifat kehambaan dalam diri.
ISBN:9789830772318