Description
"Saya kagum dengan para pemimpin negara
awak."
"Maksud tuan?"
"Saya rasa lebih elok kalau awak jangan bertuan- tuan dengan saya. Orang Jepun bukan macam orang Inggeris, orang Inggeris memandang bangsa lain sebagai hamba mereka. Panggil saja saya Tanaka."
"Itu adat dan adab bangsa saya tuan. Bertuan dengan yang patut, berencik dengan yang layak." "Adat dan adab mencerminkan bangsa dan budaya tuan."
"Malaysia bertuah kerana mempunyai rakyat yang masih memelihara adat dan adab.... walaupun rakyat negara awak terdiri daripada pelbagai kaum dan berbeza fahaman agama, namun mereka hidup aman damai dan harmoni."
"Kami berharap keharmonian antara kaum itu akan berkekalan, tuan. Saya sendiri bangga kerana menjadi rakyat Malaysia."
ISBN: 9836250735