Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia (Be a Happiest Women)

By: 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM15.90 RM11.93

1 in stock

Description

Buku ini saya umpamakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Manakala bab-bab di dalamnya sengaja saya namakan dengan nama-nama perhiasan yang digemari kaum wanita, antara lain seperti ketulan emas (saba'ik), kalung ('uqud), zamrud (fara'id), permata (juman), dan sebagainya.

Sebaik sahaja buku ini anda miliki, anda tidak perlu lagi segala perhiasan dunia. perhiasan yang tanpa makna, penampilan palsu, semburan murahan. Bersoleklah dengan perhiasan ini, kenakanlah di atas panggung kehidupan, berhiaslah dalam pesta-pesta dunia, pada perayaan-perayaan bahagia, pada musim sukacita, dan malam-malam yang semarak, supaya anda menjadi wanita yang paling sesuai dengan cita-cita anda sendiri.
Jika anda merasa telah mencapai apa yang anda cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum anda benar-benar telah mencecah bintang

Bukankah bulan purnama tersenyum dan bintang bersorak riang? Jadi mengapa anda membiarkan kebimbangan anda menjadi racun yang akan membunuh anda?

 ISBN:9789833423088

Additional information

Weight 400 g
Dimensions 216 × 139 × 17 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789833423088