Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Mr. Anonymous

By: Adah Hamidah

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM19.90 RM14.93

1 in stock

Description

Batrisyia. Orangnya sangat simple. Belajar sambil berkhidmat secara sukarela di Al-Husna. Dalam hidupnya, ada walid, umi, Hilman dan penulis kesayangannya, Mr. Anonymous. Batrisyia percaya, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Bak kata Mr. Anonymous, 'Kebaikan takkan pernah meninggalkan orang yang baik'. Keyakinan itu menyebabkan Batrisyia tanpa ragu-ragu memilih Aidil.

"Apa pasal berdiri aje kat luar tu? Nak jadi maling?" ~ Batrisyia

"Haah, sebab nak curi hati awak." ~ Aidil

Hidupnya yang simple itu tiba-tiba bertukar menjadi huru-hara dengan kehadiran Ishraf Muzaffar. Mereka tidak bersependapat, apatah lagi dalam mencapai kata sepakat. Pendek cerita, takkan pernah ada istilah 'damai' antara mereka.

"Kenapa pantau saya aje? Kenapa tak pantau cikgu-cikgu lain? ~ Batrisyia

"Sebab cikgu-cikgu lain tak pernah peningkan kepala saya." ~ Ishraf Muzaffar

Apabila takdir memilih untuk memisahkan Batrisyia dan Aidil, Ishraf Muzaffar datang sebagai penawar.

"Salah satu cara mudah untuk lupakan seseorang, kita kena ada pengganti." ~ Ishraf Muzaffar

"Bukan senang saya nak lupakan, sebab saya ni bukan jenis pelupa." ~ Batrisyia

"Dalam kes Isya ni, lebih elok jadi pelupa." ~ Ishraf Muzaffar

Ketika Batrisyia nampak ada baiknya seorang lelaki bernama Ishraf Muzaffar, sebuah rahsia terbongkar sehingga menjadikan Ishraf Muzaffar begitu terkutuk di mata Batrisya. Masakan wanita sebaik dia menerima lelaki seperti Ishraf Muzaffar?

"Syurga itu dipenuhi dengan pendosa. Pendosa yang kembali mencari tuhannya. Bukan saya yang kata, tapi Mr. Anonymous awak yang kata, Isya." ~ Ishraf Muzaffar

Batrisya terpanah. Mahu lari, kaki tak mampu menapak pergi. Mahu kembali, jelas nyata bertentangan dengan prinsip hati. Jadi, apa keputusan yang perlu dia buat? 

 ISBN:9789672102588

Additional information

Weight 567 g
Dimensions 185 × 115 × 35 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789672102588