Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Mr Fussy or Mr Cool?

By: Lieya Liza

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM17.90 RM13.43

1 in stock

Description

Akibat kecewa, DHIEYA AMIERA membawa hati yang lara. Tapi siapa sangka, pertemuan kali pertama dengan seorang jejaka yang cerewet akhirnya mengundang episod baru dalam hidupnya. Episod yang sentiasa bersambung membawa cerita tersendiri.

Bagi ZHARIF FARHAN, kehadiran Dhieya Amiera mengundang rasa aneh dalam hidupnya. Rasa yang sukar dimengertikan. Gadis yang sentiasa ceria dan selamba itu membuatkan perasaannya kucar-kacir. Perasaan apakah itu?

โ€œKau buat apa kat dalam ni? Inikan tandas lelaki?โ€ โ€“ Zharif

โ€œSaya nak cuci tandaslah. Waktu ni memang waktu saya cuci tandas.โ€ โ€“ Dhieya

โ€œHabis tu, kau tak reti nak tanya dulu ke? Ada orang ke tidak dalam tandas ni?โ€ โ€“ Zharif

โ€œHabis tu, bos tak reti ke nak keluar dari tandas ni? Kalau bos berniat nak tolong saya sama-sama cuci tandas ni, kecik tapak tangan, Stadium Shah Alam tu saya tadahkan.โ€ โ€“ Dhieya.

Dhieya sedar siapa dirinya yang sebenar. Tak mungkin si enggang akan terbang bersama si pipit. Dalam masa yang sama, HAZYRUL NIZAM meluahkan perasaannya. Pemuda itu ikhlas dalam meluahkan rasa cintanya.

โ€œDah lama saya tunggu awak, Dhieya. Kali ni saya harap awak sudi terima cinta saya.โ€ โ€“ Hazyrul

Fight for my love! Kata-kata itulah yang dipegang oleh Dhieya tatkala dia jatuh cinta. Pelbagai usaha dilakukan demi memperjuangkan cintanya. Dia yakin, suatu hari nanti lelaki itu akan membalas cintanya.

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Pertemuan semula dengan AMMAR ZIQRI mengusutkan lagi keadaan. Ammar kembali menagih kemaafan sekaligus menghapuskan rasa dendam dan kebencian dalam hatinya.

Adakah usaha Dhieya Amiera dalam memperjuangkan cintanya akan berhasil? Adakah cinta Dhieya Amiera akan kesampaian? Antara Zharif Farhan dan Hazyrul Nizam, siapa yang menjadi pilihan hati Dhieya Amiera? Ataupun Ammar Ziqri telah lama menjadi pilihan hati gadis itu?

 ISBN:9789670567327

Additional information

Weight 513 g
Dimensions 187 × 115 × 32 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789670567327