Description
Dato' Musa Hitam adalah seorang manusia yang sentiasa tenang dan berhati-hati. Beliau terlalu prihatin dalam setiap kata-kata, keputusan dan tindakannya. Beliau tenang, baik sewaktu laut reda mahupun dalam gelora.
Selama empat tahun, mulai Jun 1982 hingga Februari 1986, saya sentiasa menikmati ketenangan jiwa negarawan ini. Beliau tenang sewaktu berdepan dengan masalah. Beliau sentiasa tenang sewaktu berdepan dengan kebuntuan.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam Kerajaan, beliau banyak menempuh gelora perjuangan. Suatu ketika dulu beliau menyelesaikan krisis gula. Kemudian, beliau berjaya menyelesaikan krisis harga getah yang sekaligus disaingi dengan tunjuk perasaan besar-besaran di Baling, Kedah. Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, Dato' Musa dihadapkan dengan krisis Universiti Merdeka di mana akhirnya isu itu juga dapat diselesaikannya.
ISBN:MUSAHITAMTENA