Below RM130 - 10% off
Above RM130 - 15% off
Above RM180 - 20% off

Naik, Jatuh dan Bangun Semula: Abdullah Badawi dan Politik Malaysia

By: Chamil Wariya

Book Condition: Good, Minor water damage
Click here to learn more about Book Conditions

RM23.90 RM21.51

1 in stock

Description

Seorang "survivor" dalam politik. Barangkali ini adalah gambaran yang tepat mengenai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 31 Oktober 2003. Setelah menyertai politik pada tahun 1978 sehingga beliau menjadi menteri pada tahun 1981 dan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, beliau dianggap sebagai bintang yang sedang naik di dalam kerajaan dan parti. Bagaimanapun, selepas pemilihan UMNO 1987, beliau dipecat daripada jawatannya di dalam Kabinet, sekalipun beliau berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden.

Selepas itu, beliau berada dalam kegelapan politik. Pemerhati politik meramalkan kerjaya politik Datuk Seri Abdullah berada di jalan mati. Tetapi kesetiaan terhadap perjuangan untuk bangsa, agama, negara, serta UMNO, membolehkan beliau kembali ke dalam Kabinet. Selepas berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden pada pemilihan 1990, beliau dilantik sebagai Menteri Luar. Namun, kedudukan itu tidak dianggap sebagai strategik untuk beliau naik lebih tinggi di dalam parti dan kerajaan. Tambahan pula saingan politik beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menempatkan dirinya pada kedudukan yang lebih tinggi di dalam parti dan kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden. Mengikut kaca mata biasa, Datuk Seri Abdullah sudah berada di penghujung perjalanan politik.

Bagaimanapun, apa yang tidak dijangka berlaku. Datuk Seri Anwar dipecat daripada Kabinet pada 2 September 1998 dan Timbalan Presiden UMNO sehari kemudian. Penyingkiran itu membuka semula peluang Datuk Seri Abdullah untuk menjadi orang nombor dua kerajaan dan parti. Ini menjadi kenyataan pada 8 Januari 1999 apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Pemangku Timbalan Presiden UMNO.

Kini, atau lebih tepat lagi mulai 31 Oktober 2003, Datuk Seri Abdullah berada di puncak kuasa setelah 25 tahun berada dalam kancah politik. Buku ini adalah rakaman detik-detik penting perjalanan politik Datuk Seri Abdullah itu yang boleh disimpulkan dalam tiga perkataan: naik, jatuh, dan bangun semula.

ISBN:9789833002870

Additional information

Weight 461 g
Dimensions 226 × 151 × 20 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

,

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789833002870