Description
โKau sanggup jadi celaka sampaikan mati di lembah hina,โ
Bukan senang aku mahu memberi hati lelaki aku ini kepada orang lain. Sekali aku bagi pada kau, dia milik kau selama-lamanya. Aku sudah berjanji pada diri aku. Wanita yang berjaya memiliki hati ini, akan aku curahkan segala-galanya pada dia. Tapi apabila aku beri pada kau, kenapa kau masih meragui cinta aku, perempuan? Tak cukupkah dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan? Aku sayang kau sepenuh hati aku! Sumpah aku sayang kau! Tapi kenapa kau memperdajalkan aku?- Fahmie
Susah untuk aku cakap. Erti cinta. Yang boleh saja membuat semua manusia gila. Termasuk aku. Biarpun orang selalu menganggap aku ustazah berdasarkan pakaian aku, tapi aku juga lemas dan lemah dek cinta. Aku manusia biasa, bukan maksum. Ada nafsu, yang kadang-kadang sukar dijaga. Kerana cinta juga, aku sanggup buang apa yang aku pakai. Aku sanggup membelakangi apa yang aku beriman.- Badrina.
ISBN:9789670591117