Description
MAJLIS Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang menyambut ulang tahun jubli emasnya tahun ini, pada hakikatnya telah menjalankan kegiatan dalam hampir semua aspek kehidupan, dari buaian ke kerjaya, hinggalah ke liang lahad.
Ditubuhkan pada 25 Ogos 1963 selepas dua tahun bergerak sebagai jawatankuasa penaja yang dianggotai lapan wanita berdedikasi tinggi, NCWO menarik penyertaan NGO wanita yang mewakili pelbagai bidang, pelbagai kaum, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik atau mewakili agama atau masyarakat tertentu.
Sebagai sebuah organisasi yang berpandangan jauh, ia menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai keanggotaan dari kalangan ahli politik wanita dan dengan itu meminda keputusan asal yang tidak menerima keanggotaan sayap wanita parti-parti politik. Kurangnya perwakilan wanita di Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang masih berterusan hingga kini menggambarkan ketajaman visi jawatankuasa penaja sebagai pejuang kesaksamaan gender.
CELEBRATING its golden jubilee this year, the National Council of Women's Organisations (NCWO) can claim to an activism that affects almost every facet of life, from cradle to career and grave. Established on, 25 August, 1963 after a two year gestation in the form of a pro-tem committee consisting of eight dedicated women, the NCWO drew in women NGOs of many hues: multi-racial, non-political, non-religious and non- communal.
A forward-looking organisation, it foresaw the benefit of having women politicians and altered its initial decision not to include women's wings of political parties. The persistent under-representation of women in Parliament and State Assemblies is the rallying point of the pro- tem committee's aspiration for gender equality