Description
Jadi kalau begitu, sembahyang itu nilainya adalah "asasi". Sebagai perkara asasi, kita wajib jaga ia baik-baik. Dengan cara yang konsisten. Seperti juga makanan asasi, kita tidak dapat berpisah dengannya.
Kita lihat, makanan asasi kita apa? Nasi daripada beras. Bayangkan bagaimana jika kita keputusan beras? Ada juga orang lain, makanan asasi mereka roti. Saya masih ingat, pernah di sebuah negara di Asia Barat, atau disebut juga Timur Tengah, negara itu pernah menaikkan harga roti. Cuma kira- kira dalam lingkungan ยฝ atau I sen sahaja nisbah duit kita. Apakah yang terjadi daripada kenaikan ini? Apa? Rakyat bangkit merusuh membuat huru-hara sehingga banyaklah harta benda yang musnah.
Ini dia, gambaran kepentingan benda asasi. Jika ia terjejas, boleh membawa kecelakaan. Kecelakaan pada diri, selaku individu dan bahkan kecelakaan untuk semua.
Berbalik kepada sembahyang. Menurut ayat Allah di atas, tidak diragukan lagi, sembahyang itu adalah asasi dalam kehidupan manusia. Ia mesti ada, mesti tegak. Jika tidak, kebinasaan pasti terjadi. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.
ISBN: 9991733744