Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 4 Coins

Panduan Lengkap Sembahyang Sunat

By: Mohd. Yusoff Haji Ismail

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM7.90

1 in stock

Description

SEMBAHYANG sunat merupakan budaya dan kegemaran umat Islam zaman dahulu. Ia merupakan hiburan kepada orang Islam yang bertaqwa. Hiburan ini merupakan hiburan yang sebenarnya, kerana ia mendatangkan ketenangan yang hakiki, bukan sekadar "escapism" sementara, sepertimana yang diberikan oleh pelbagai jenis hiburan moden masakini yang hanya berbentuk pura-pura serta merugikan pula. Hiburan yang pura-pura ini hanya menghiburkan nafsu tetapi hati atau roh tetap kehausan dan ketandusan pengisian yang sebenarnyn.

Sembahyang fardhu sahaja tidak mencukupi untuk mengisi hati dan roh manusia, apalagi sembahyang kita umat akhir zaman yang begitu banyak cacat dan celanya. Ibarat memakan nasi tanpa lauk, begitulah seorang yang hanya bersembahyang fardhu, tetapi tidak mengerjakan yang sunat. Rohnya tidak sihat dan mudah "patah".

Kalau manusia sanggup habiskan wang serta masa yang banyak untuk menyediakan lauk berbanding nasi, maka begitulah sepatutnya kita dalam soal ibadah. Walaupun sunat, peranan ibadah sunat seperti sembahyang sunat ini sangat besar dan penting. Sama-sama kita fahami, hayati serta amalkan ilmu mengenai sembahyang sunat di dalam buku ini. ISBN:9789830775579

Additional information

Weight 141 g
Dimensions 147 × 107 × 13 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789830775579