Description
Dalam perkembangan dunia yang sedang pesat ini, kecende- rungan orang ramai dalam bidang pelaburan di Malaysia begitu menggalakkan. Namun begitu, harus disedari bahawa bidang pe- laburan di Malaysia terdapat dalam berbagai-bagai alternatif. Justeru itu buku ini lahir untuk mendedahkan para pelabur kepada alternatif pelaburan yang berbagai-bagai itu. Secara keseluruhan buku ini menghuraikan jenis dan peluang pelaburan, risiko dan pulangan pelaburan, jenis pasaran dan juga operasi dagangan di dalam pasaran. Strategi dan kedudukan dalam pelaburan serta maklumat dan prestasi pasaran juga dihuraikan.
Buku ini bermanfaat kepada pelajar dan guru di peringkat sekolah menengah dan diploma. Di samping itu juga, buku ini berguna kepada orang ramai yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang pelaburan.
ISBN: 9789836241030