Description
PELANGI TENGAH HARI mengemukakan persoalan kultural dan tanggapan terhadap lelaki yang diterapkan melalui watak Syafinaz, seorang siswi kedoktoran di universiti tempatan. Syafinaz mencari dirinya di celah-celah kemelut hidup keluarganya, kawan-kawannya dan ahli masyarakatnya. Perasaan dan emosi diperlihatkan melalui imbas kembali pada zaman kanak-kanak dahulu. Pada zaman remaja dia mengalami dunia cintanya sendiri yang penuh idealisme. Juga Syafinaz menyaksikan dunia cinta ibu bapanya, ayah dan ibu tirinya dan cinta ibunya dengan bakal bapa tirinya. Pada zaman kemahasiswaannya, Syafinaz menghadapi tekanan persoalan perjuangan Melayu dalam zaman ledakan ilmu dan intelektualisme sehingga ke alam pekerjaannya.
ISBN:9789679694369