Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 32 Coins

Pembaharuan Pemikiran Islam Tun Dr Mahathir Mohamad

By: Dusuki Ahmad

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM49.90

1 in stock

Description

Sepanjang perkhidmatan saya dalam pentadbiran kerajaan, pengalaman berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kepuasan yang menyegarkan. Walaupun ada kemungkinan bahawa perkhidmatan saya itu tidak dapat memenuhi sepenuh hajatnya tetapi saya merasai amat selesa bersamanya selama kira-kira empat tahun.
Saya dapat membaca dan mencatat banyak fikiran beliau berhubung dengan agama yang sungguh mengkagumkan. Walaupun beliau bukan berpelajaran agama secara formal daripada pusat-pusat pengajian tinggi tertentu tetapi fikiran agamanya sungguh tajam, tepat dan selaras dengan pandangan ulama-ulama muktabar dan aktivis Islam di peringkat antarabangsa.
Beliau menerima hakikat bahawa Islam adalah agama benar dan baik yang memberi jaminan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Nas-nas berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Rukun Islam (ibadah khusus) dan Rukun Iman (akidah) adalah tetap dan tidak boleh diubahsuai lagi. Tetapi hukum-hukum berhubung dengan soal-soal pentadbiran keduniaan terdedah kepada perubahan dan pentafsiran baru menurut tuntutan masa dan tempat. Mungkin dalam ruangan inilah beliau sering dikritik oleh sebilangan ulama tradisi dan golongan yang berkepentingan.
Buku kecil ini merupakan beberapa catatan ringkas tentang pemikiran Islam beliau yang menjadi kontrovesi umum. Sama ada pemikiran itu boleh diterima atau tidak, terserahlah kepada pertimbangan masing-masing, tetapi bagi Tun Dr. Mahathir itulah pandangannya.
DUSUKI AHMAD
Kuala Lumpur, September 2004
ISBN: 9789834195007

Additional information

Weight 185 g
Dimensions 196 × 145 × 10 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789834195007