Description
Buku ini disediakan khusus untuk syarikat-syarikat Malaysia yang telah atau bercadang mengembangkan sayap pengoperasiannya ke luar negara, pengurus-pengurus tempatan yang sedang dan bercadang meluaskan pengalaman mereka untuk bertugas di luar negara, ahli-ahli akademik yang berperanan mengembangkan pengetahuan dalam subjek ini, dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil kursus perdagangan antarabangsa atau kursus pengurusan sumber manusia sama ada pada peringkat prauniversiti, diploma, ijazah pertama, dan pada peringkat sarjana.
Semua pihak yang dinyatakan di atas, perlu menyedari bahawa pengurusan syarikat pada masa akan datang terpaksa berhadapan dengan isu-isu kepelbagaian yang sudah tentu memerlukan ekspatriat yang berkebolehan untuk menangani pelbagai masalah yang timbul. Oleh itu, kehadiran buku ini lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu akan membantu pelbagai pihak untuk membuat persiapan secara proaktif bagi berhadapan dengan isu-isu pengu- rusan sumber manusia antarabangsa yang jauh lebih kompleks jika dibandingkan isu-isu tempatan.