Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia

By: Noor Aziah Mohd Awal

Book Condition: Moderate annotations, Good, Pencil markings
Click here to learn more about Book Conditions

RM19.90 RM14.93

1 in stock

Description

Apa Itu Undang-undang?

Terdapat berbagai definisi undang-undang yang telah diberikan oleh ahli falsafah terkenal antaranya adalah seperti di bawah:

Austin: "Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman."

Salmond: "Satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah."

Hobbes: "Undang-undang adalah yang kaedah perlakuan (rules of conduct) yang obligatori (obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa."

Kamus Black: "Undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah atau dinyatakan. Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau perbuatannya saling berganding antara satu sama lain; yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat tertakluk kepada hukuman atau kesan- kesannya."

Sebenarnya, mendefinisi undang-undang adalah seperti suatu cerita mengenai beberapa orang buta yang cuba menggambarkan seekor gajah yang belum pernah ditemui atau didengar. Oleh yang demikian berbagai tafsiran boleh didapati dari setiap orang yang mempunyai pendirian dan kefahaman yang berlainan.

Maka, berdasarkan yang tersebut, undang-undang bukan sesuatu yang mudah hendak ditakrifkan. Apa yang pasti ialah kita bertembung dengan undang-undang setiap hari dalam kehidupan kita. Kalau kita meletakkan kereta di garisan kuning, atau jika kita tidak memakai tali keledar, kita akan disaman. Jika kita bersetuju membeli suatu barang dan kemudiannya enggan membuat bayaran, kita akan dipertanggungjawabkan oleh undang- undang untuk membayar ganti rugi kepada pihak yang mengalami kerugian akibat keengganan kita itu. Undang-undang bukanlah hanya suatu senarai peraturan yang perlu dipatuhi. Ia juga dilihat sebagai alat pengawalan sosial dan boleh dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertentu. Jadi persoalan apa itu undang-undang boleh dijawab mengikut peringkat dan konteks.
ISBN:9789678917469

Additional information

Weight 395 g
Dimensions 227 × 152 × 14 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

, ,

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789678917469