Description
Buku ini mengadungi lima buah karangan, oleh lima orang tokoh terkenal yang bersyarah tentang golongan intelektual dan peranannya. Mereka ialah: Usman Awang, seorang sasterawan Malaysia ternama yang lebih dikenali apabila membaca sajak-sajaknya yang mudah, indah akan tetapi sangat berisi; Pramoedya Ananta Toer, pejuang dan novelis agung Indonesia yang pernah ditahan selama 10 tahun di Pulau Buru tanpa bicara; Rustam A Sani, ahli akademik serta pengkritik sosial yang pernah diiktiraf sebagai intelek awam penting di Malaysia; Ahmat Adam, juga seorang ahli akademik, yang mengkhusus dalam bidang sejarah; dan Syed Husin Ali, seorang ahli akademik dan ahli politik yang dihormati umum.Buku ini juga mengadungi beberapa sajak berkaitan oleh Usman Awang dan Otto Rene Castillo, seorang penyair Amerika Latin yang terkorban di tanahairnya dalam perjuangan menentang pemerintahan kukubesi yang didukung oleh limperialisma Amerika Syarikat. ISBN:9789670960104