Description
Buku ini merupakan buku rujukan pelaburan hartanah Malaysia yang pertama. Di dalam buku ini tersimpan harta dalam bentuk strategi, idea, dan tip yang telah dicuba dan diuji tentang cara untuk membina kekayaan melalui pelaburan hartanah dan menjadikan gaya hidup impian anda satu kenyataan. Buku ini ditulis dalam bentuk yang mudah untuk dibaca - disulami pula dengan pelbagai cerita dan pengalaman benar, yang akan membimbing anda ke arah proses pelaburan tanah secara keseluruhan, iaitu daripada mendapatkan modal pertama untuk wang pendahuluan, memilih unit yang sesuai, sehinggalah cara untuk mendapatkan para penyewa. Anda juga akan mendapat banyak tip yang praktikal mengenai lelong. cara berurusan dengan para broker, dan peguam; malah fen shui juga.
Sudah tentunya buku ini merupakan sebuah buku yang seronok untuk dibaca, di samping dapat mengutip permata-permata ilmu yang berharga!