Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *

Pertolongan Cemas: Manual Pelajar

By: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Book Condition: Good
Click here to learn more about Book Conditions

RM19.90 RM16.92

Out of stock

Description

Besar kemungkinan bahawa Pertolongan Cemaslah yang telah menarik minat anda untuk menyertai Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Minat, kecenderungan dan semangat jaya diri yang telah ditunjukkan
ini telah mendorong kami untuk memenuhi sebahagian daripada tugas kami, iaitu: "Untuk menyelamatkan nyawa dan mencegah kecacatan anggota, untuk meringankan penderitaan manusia, di dalam
tindakan semasa kecemasan atau ekoran berlakunya bencana,
konflik, apabila pakar-pakar kesihatan tidak ada atau terpaksa
memikul terlalu banyak tugas."
Dengan yang demikian, manual ini bertujuan untuk menambah dan menguatkan pengetahuan anda di dalam kursus Pertolongan Cemas Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.
Manual ini bukan sekadar sebuah buku rujukan sahaja, malah dengan mengisi ruang-ruang kosong yang disediakan, anda boleh menyesuaikannya untuk mengisi maklumat berhubung dengan Pertolongan Cemas - misalnya jenis kemalangan yang sering berlaku dalam masyarakat setempat anda dan jenis-jenis perubatan tempatan. Kami telah menjadikan manual ini sesuai untuk keperluan peribadi anda - maka gunakanlah ia dengan sebaik mungkin. Manual ini mengandungi nota pembelajaran yang berasaskan ke- pada perkara yang mungkin berlaku dan membolehkan anda membantu jika berada di tempat kejadian itu. Setiap topik dibentangkan dengan gambar-gambar rajah yang meringkaskan cara pembelajarannya. Matlamat pembelajaran pula ialah untuk membolehkan anda membantu orang-orang lain apabila keadaan memerlukan, sama ada untuk mem- baiki keadaan mereka, atau menyelamatkan nyawa mereka apabila ter- ancam.
Di dalam pembelajaran Pertolongan Cemas ini kami lebih menekankan kepentingan pencegahan dan peranan anda sebagai sukarelawan Palang Merah/Bulan Sabit Merah untuk menerangkan dan menggalakkan masyarakat setempat mengambil bahagian di dalam tugas yang anda laksanakan.
Kami berharap agar buku ini akan memberi manfaat kepada anda dan seterusnya membuat anda sentiasa seronok melibatkan diri di dalam kegiatan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Additional information

Weight 250 g
Dimensions 220 × 149 × 10 mm
Publisher

Format

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789835804274