Description
Buku ini meneliti fasa ekonomi Malaysia yang berubah-ubah sejak mencapai kemerdekaan pada 1957. Pertanian menjadi sumber utama pertumbuhan dalam fasa awal pembangunan. Pada 1960-an dan 1970-an, industri ganti- import dan industri orientasi-eksport menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi. Pada 1980-an pula, pelaburan dan sektor khidmat yang berkembang menjadi jentera pertumbuhan. Manakala pada 1990-an, ekonomi negara menjadi mampan melalui produktiviti dan peningkatan industri kepada industri nilai tambah.
Selain mengutarakan pelbagai soal kemerosotan yang berkitar serta serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia, buku ini juga membincangkan isu berkaitan perubahan pertanian, pembangunan Malaysia Timur, pembangunan pelancongan, penswastaan, alam sekitar dan pembangunan tenaga manusia.
Tugas sukar dalam memperoleh pencapaian ekonomi sejak empat dekad lalu terhenti pada pertengahan 1997 akibat krisis kewangan Asia. Walau bagaimanapun, ekonomi Malaysia menikmati banyak manfaat daripada dasar kawalan modal terpilih kerajaan meskipun menerima tentangan. Di samping memecahkan lingkaran penyusutan yang hebat akibat ketidakstabilan kadar pertukaran, langkah kawalan modal juga digunakan untuk mengurangkan kesan negatif aliran modal jangka pendek secara besar-besaran ke dalam dan ke luar dari Malaysia.
ISBN:9789676113702