Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 18 Coins
Politik & Kerajaan
By: Hamdan Hj. Aziz
Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions
RM27.90
1 in stock
Description
Politik & Kerajaan membincangkan beberapa pendekatan memudahkan pembaca memahami fenomena politik serta hubungannya dengan displin pengajian sosial lain. Perbincangan dilakukan dengan kritis mengenai konflik, kuasa, autoriti dan keabsahan. Pandangan Islam dan Barat yang berkaitan dengan kuasa turut dipaparkan selain pembinaan negara berdasarkan teori-teori serta bentuk kerajaan di dunia. Elemen penting dalam sistem demokrasi ialah Doktrin Pengasingan Kuasa yang berlaku ke atas Amerika Syarikat,Britain dan Malaysia yang melibatkan kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Isu-isu berkait kedaulatan dengan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat turut dipaparkan seiring dengan beberapa isu kontemporari yang mendasari sejak beberapa darwarsa yang lalu. Aspek yang paling menarik ialah perbincangan berhubung sumbangan saintis politik Islam seperti Al- Maududi dan Ibn Khaldun dalam menterjemahkan fenomena politik sejajar dengan saintis politik Barat. Sebagai penutup, dipaparkan pengalaman Malaysia dalam menghadapi tribulasi politik sejak kewujudan kerajaan Melayu Melaka sehingga persada politik kepartian moden hari ini.