Description
Tokoh-tokoh politik dibicarakan tanpa penyanjungan atau kutukan, kerana penulis tidak mahu dirinya dianggap menyebelah. Kelebihan dan kelemahan tokoh disebutkan sekadarnya. Penulis sedar bahawa ahli politik mempunyai cita-cita tinggi. Tokoh-tokoh yang berjaya menjadi pemimpin disebut 'tuk ketua, tidak kiralah di tahap parti, apatah lagi di tahap negara. Dato Rahman Shaari sedar bahawa hasrat untuk menjadi 'tuk ketua' telah menyebabkan berlakunya pelbagai konflik, dan alasan setiap konflik selalunya direka-reka untuk mewajarkan perlakuan. Parti berpecah kerana itu.
Tujuan penulisan buku ini ialah untuk memberikan perspektif yang munasabah terhadap perlakuan ahli-ahli politik dan aneka peristiwa yang terjadi. Perlu dinyatakan, bahawa akhiran buku ini tidak benar-benar berupa penutup, kerana wujudnya usaha untuk menjatuhkan 'tuk ketua yang ada, dan menaikkan 'tuk ketua yang baru.