Description
Asal Usul Raja-Raja Melayu Maka berjanjilah Sri Tri Buana (Parameswara) dan Demang Lebar Daun:Demang Lebar Daun: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke Bawah Duli Yang Dipertuan. Hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. Jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan nista dengan kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosanya, dibunuh, itupun jikalau patut pada hukum syarak.Sri Tri Buana: Anak cucu bapa jangan derhaka pada anak cucu hamba, jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun. Demang Lebar Daun: Tetapi jikalau anak cucu Tuanku mengubahkan dia, maka anakcucu patik mengubahkan dia. Sri Tri Buana: Baiklah, kabullah hamba akan wa'ad itu.Maka kedua-duanya bersumpah- sumpahlah: Barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu dibalik Allah Subhanahu Wata'ala bumbungan rumahnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.....ceritera Sejarah MelayuPerjanjian ini telah melahirkan satu institusi diraja yang memiliki "kebesaran" dan "kemuliaan" yang membezakan Kerabat Diraja dengan rakyat. Namun, perjanjian ini juga mengukuhkan satu jalinan dan ikatan taat setia rakyat dan Raja- Raja Melayu yang diwariskan oleh Dinasti Bukit Siguntang. Palembang, yang telah wujud sejak 600 tahun silam. Berdasarkan pada hakikat bahawa di kalangan Raja- Raja Melayu yang memerintah pada hari ini, terjalin satu ikatan tali persaudaraan yang rapi dan kukuh yang sukar dirombak. Andainya terputus satu ikatan maka terurai satu jalinan yang terangkai sejak zaman berzaman.